Kisah Peribadi Esya
Ini merupakan bahagian kedua kisah Esya yang dikongsi bersama kami. Banyak kisah yang berlaku pada dirinya dari umurnya tiga belas hingga lapan belas tahun...
1. Pada bulan hantu (7th months) memang mata saya dapat melihat roh2 yang lalu depan mata saya. Mereka tak ganggu saya malah mereka makan makanan yang disediakan keluarga mereka di tepi2 jalan. Ada yang minta pertolongan tapi saya selalunya tutup mata pura2 tak nampak.
2. Satu minggu sebelum tragedi Tsunami melanda Indonesia pada tahun 2004, saya sedang duduk di balkoni rumah. Tiba-tiba mata saya ternampak di luar tingkap, seperti air setinggi empat tingkat sedang menuju ke arah saya dan terus menenggelamkan orang-orang yang berada di sekeliling dengan arus derasnya. Dan saya lihat ada seorang wanita kulitnya terbakar merangkak ke tingkat saya meminta tolong selamatkan dirinya & anaknya. Saya terpekik ketakutan tak tahu apa nak buat. Ibu datang & tenangkan saya dan dia cakap saya sepertinya khayal tadi lalu terjerit. Saya ceritakan semua itu & kata ramai orang akan mati. Ibu tak percaya. Betul-betul seminggu kemudian Tsunami melanda Indonesia. Dan ibu pun terperanjat mendengar berita itu.
3. Dikatakan oleh pakcik saya (yang telah pulihkan saya dari gangguan ini) hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila seseorang itu akan meninggal & tiada satu manusia pun yang tahu. Tapi perkara aneh ini berlaku pada saya. Saya telah meramalkan empat kematian. Yang pertama saudara jauh saya. Saya bermimpi yang saya berjalan di daerah rumah saudara saya ini yang penuh dengan orang. Lalu saya ternampak jenazahnya terbaring di depan rumah sambil dibacakan surah2 oleh orang ramai. Dan saya terdengar nombor "7" disebutkan. Bila saya bangun, saya beritahu Ibu, "Ma, kakak rasa saudara kita ni akan meninggal tujuh hari lagi..." Ibu pun berkata, "Merepeklah kakak ni..." dan dia tak percaya. Betul-betul genap tujuh hari selepas mimpi itu dia meninggal. Dari situ ibu mula percaya.
Seterusnya saya bermimpi kawan sekerja ibu saya yang baru sahaja pulang dari Haji, dia akan meninggal tujuh hari selepas itu. Saya pun bangun lalu lari keluar dan beritahu ibu, "Ma, kakak mimpi, kawan mama Cik Odah tu akan meninggal tujuh hari selepas dia balik dari Haji..." Muka ibu pun pucat dan tak kata apa2. Jadi pada hari ketujuh, saya berada di sekolah. Ibu menelefon saya, "Kak, memang betul kawan mama meninggal. Baru je tadi dia meninggal di hospital..." Saya rasa takut sangat. Kenapa saya boleh tahu orang2 ini akan meninggal?
Lagi satu, waktu itu saya sedang mengalami depresi sebab ya'i saya meninggal & saya terlalu rapat dengannya. Dia yang selalu menjaga saya. Dan kebetulan, waktu itu, makcik saya (yang suaminya yang melakukan ilmu hitam itu) masih hidup tapi sudah dalam keadaan lumpuh akibat kemalangan. Malam itu, saya menangis2 tak henti2. saya duduk di bilik saya seorang diri dan bercakap sendiri. Sepertinya ada 'orang' yang memberitahu saya yang makcik saya akan meninggal dalam masa tujuh hari. Ibu masuk bilik lalu terperanjat melihat saya di lantai menangis tersedu2 dan saya beritahunya "Mama, Cik akan meninggal tujuh hari lagi mama... Tujuh hari lagi!!" Ibu saya cuba tenangkan saya lalu membuat air yang telah dibaca olehnya surah2 Al-Qur'an lalu diberi saya minum. Lalu saya tenang dan tidur. Pada hari ketujuh selepas dapat petanda itu, makcik saya meninggal.
Tapi peristiwa ini memang tak boleh dilupakan, ketika nya'i saya (isteri arwah Ya'i saya) sedang koma, diberitahu yang dia akan dibawa pulang ke rumah saya dari hospital kerana tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan untuk merawatnya. Jadi saya & adik saya, waktu itu umur saya lima belas tahun & adik saya tiga belas tahun menjaga nenek saya ini. Memang kami amat sayang dengan nenek. Jadi tugas saya memberi nenek makan melalui tiub NG (Nasogastric Tube dari hidung ke perut) dan salin lampin nenek dengan adik. Suatu malam tu, ada lembaga seperti seorang lelaki yang memakai jubah putih datang kepada saya. Mukanya bersinar jadi saya tidak dapat melihat wajahnya. Tiap kali dia datang jumpa saya, badan saya akan menggigil ketakutan, walaupun lembaga itu tidak mengganggu atau mengapa-apakan saya. Dia cuba berdiri lalu berkata, "Saya akan mengambil nenek awak, tapi mohon izin ibu awak..." Saya pada waktu itu menangis sebab takut akan lembaga itu, bangun dan pergi pada ibu yang sedang baca Yassin pada nenek. "Mama, ada seorang lelaki ini datang pada kakak, dia cakap nak ambil nenek tapi minta izin mama..." Ibu tengok saya lalu tengok pada nenek, "Yelah, nanti mama bilang nenek..." Jadi bila saya masuk bilik lembaga itu dah tak ada! Saya pun terus tidur. Esok petangnya, adik saya & kakak kepada nenek saya ini sedang menonton televisyen. Saya pun lalu bilik nenek saya yang koma itu. Tiba2 dalam hati tergerak dan berkata, "Masa nenek dah nak sampai, cepat minta maaf..." Saya pun terus bilang adik & kakak nenek saya. Mereka terkejut. Tapi saya kata ini benar, saya tak bohong, lalu adik & kakak nenek saya pun duduk di sebelah nenek & mohon maaf. Kakak nenek pun berkata, "Da, kakak redha adik nak pergi, jangan tunggu lagi Da... Takpe Insya-Allah kita semua kat sini akan doakan adik..." dan adik saya pun berkata, "Nenek, takpe, adik redha nenek pergi supaya nenek tak sakit lagi..." Betul2 selepas itu, nenek saya menitis airmata lalu menghembuskan nafas terakhirnya. Ibu yang berada di tempat kerja pulak berkata yang dia terasa yang nenek di rumah sedang nazak. Bila nenek dah meninggal adik telefon ibu. Saya seperti orang tak tenteram, saya rasa macam saya ni penyebab nenek saya meninggal sebab saya tahu bila dia akan meninggal.
Dan dengan sebab inilah, saya mohon sangat pada pakcik saya agar tolong tutupkan "Mata Ketiga" saya. Sebab saya dah tak sanggup melihat perkara2 seperti ini. Jadi dia membawa saya ke Melaka untuk perubatan dengan seorang ustaz di sana. Bila saya masuk rumahnya, saya rasa semacam, macam takut melihat ayat2 suci di dinding. Ustaz tengok saya semacam, lalu dia memberitahu pakcik saya yang perubatan ini akan dilalukan di rumah pakcik saya di Singapura & ustaz ini juga akan tolong membersihkan rumah saya dengan pertolongan pakcik & temannya. Bila ustaz itu datang ke rumah saya, dia sepertinya sesak nafas. Tapi dia teruskan dengan upacara membersihkan rumah saya.
Di setiap sudut rumah saya, akan diazankan. Bila ustaz itu berada di bilik saya, dia rasa penat & sakit di dada. Seperti ada yang tidak mengizinkannya azan di bilik tersebut. Tapi ustaz itu teruskan sampai satu rumah diazankan dan malam itu juga saya memberi ustaz itu bungkusan merah yang pernah diberi oleh dukun yang telah mati itu. Memang benar, bungkusan itu adalah makhluk2 dukun itu. Ustaz itu pun tolong menghapuskannya dan simpan di dalam begnya untuk ditanam. Keesokan harinya, Ustaz itu harus pulang ke Melaka. Katanya ada urusan lain. Dia minta pakcik saya untuk menghabiskan apa yang telah dia mulakan ini. Pakcik saya setuju untuk tolong pulihkan saya dengan seikhlas hatinya. (pakcik saya ini adalah adik kepada arwah bapa saya). Beberapa minggu kemudian, saya dapat tahu yang ustaz itu sakit tenat. Saya rasa takut, apakah saya penyebabnya sampai dia jatuh sakit? Tapi Alhamdulillah diberitahu beberapa hari kemudian yang ustaz itu telah pulih...